Friday 7 December 2012

POSISI IMAM MENGIKUT MAKMUM





      Kedudukan imam dan makmum ketika solat berjemaah hendaklah mengikut susunan yang betul. Susunan saf dalam solat berjemaah menggambarkan bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang mengambil berat tentang disiplin.


1. Apabila dalam satu jemaah itu hanya terdapat seorang imam bersama seorang makmum
     lelaki,hendaklah makmum tersebut berada di sebelah kanan imam tetapi sedikit  
       ke belakang.


                                       

 Abdullah bin Abbas r.a menceritakan :
       "Rasulullah berdiri dan mengerjakan solat lalu saya berdiri di sebelah kirinya. Baginda lantas memegang telinga saya dan mengalihkan saya ke sebelah kanannya".
                                                                                                              ( Muttafaq 'alaih )
Ini menunjukkan makmum lelaki yang bersendirian lebih afdal berada di sebelah kanan imam. Tetapi sekiranya berada di sebelah kiri, solatnya tetap sah tetapi makruh.


 2.  Apabila terdapat dua orang makmum atau lebih, hendaklah mereka berada di belakang          imam semuanya.


                                   
                         

   Ini berdasarkan laporan Jabir bin Abdullah r.a bahawa :
Maksudnya  :  " Saya datang kemudian berdiri di sebelah kiri Rasulullah. Lalu Baginda                memegang tangan dan mengalihkan saya sehingga berada di posisi sebelah kanannya. Setelah itu, Jabbar bin Syakhr datang dan berwuduk kemudian berdiri di sebelah kiri Rasulullah SAW. Lantas Baginda memegang tangan kami berdua dan mendorong kami sehingga kami berada di belakang Baginda.".
                                                   ( Riwayat Muslim dalam Sahih Muslim, kitab Solat Musafir.
                                                          Bab solat Nabi dan doanya pada waktu malam )

3. Apabila seorang wanita menjadi makmum kepada seorang lelaki, dia hendaklah berada betul-betul di belakang imam tersebut.  Namun, ada pendapat yang mengatakan kedudukan makmum   wanita   di   bahagian kiri imam. Kedua-dua pendapat ini boleh digunakan.

                             
                             
 Menurut Imam Ibn Abdul Barr, ulama berpendapat disunatkan seorang wanita hendaklan    bersolat di belakang seorang imam lelaki dalam satu barisan.

4.  Apabila seorang makmum wanita atau sekumpulan wanita berjemaah bersama imam     lelaki dan sekumpulan makmum lelaki, mereka hendaklah berada di belakang saf makmum lelaki. Ini berdasarkan laporan Anas r.a yang menyebut :-
 Maksudnya : " Saya solat di rumah kami bersama dengan seorang anak yatim di belakang            Nabi SAW, sedangkan ibu saya dan Ummu Sulaim berada di belakang kami".
                                                              (  Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, kitab
                                                                 Azan : Bab seorang wanita berada dalam satu saf )
                                  
                                                             
                                  

  Tetapi sekiranya tidak ada jemaah lelaki melainkan seorang imam sahaja jemaah wanita hendaklah berada di belakang imam ini. Sekiranya dibimbangi fitnah apabila seorang lelaki mengimami jemaah wanita, perbuatan ini hendaklah ditegah.

5. Apabila seorang makmum bersolat bersama imam wanita, dia hendaklah berada di sebelah kanan terkebelakang sedikit daripada imam tersebut, sama seperti situasi seorang makmum lelaki dan imam lelaki.
                                

6. Apabila seorang wanita bersolat jemaah dengan mengimamkan seorang wanita, dia hendaklah berada sejajar dengan barisan jemaah pertama dan berada di tengah-tengah mereka. Diriwayatkan Aishah r.ha berdiri di tengah-tengah barisan makmum wanita apabila mengimami mereka.
Maksudnya : " Daripada Hujairah binti Hushain telah berkata : Ummu Salamah telah mengimami kami dalam solat Asar dalam keadaan dia berdiri antara kami".
                                                  ( Riwayat Abdul Razak dalam kitabnya Al-Mushannaf )
                                                         
                                 
                                                         

Alasan mengapa imam wanita disunatkan berada di tengah saf jemaah adalah untuk menutup dirinya daripada pandangan orang lain. Ini kerana, perbuatan rukuk dan sujud misalnya menyebabkan lekuk pada tubuh wanita terzahir dan boleh menimbulkan fitnah.
                                     

  

Thursday 6 December 2012

AKHLAK : TUJUAN IBADAH

     Dalam Islam, akhlak itu tujuan ibadah. Jika ibadah itu umpama pokok, akhlak itu buahnya. Tanpa akhlak yang baik, ibadah yang dilaksanakan tidak mempunyai apa-apa nilai sepertimana menamam pokok yang tidak berbuah.
     Bukankah tujuan menanam pokok adalah untuk mendapatkan buahnya?  Maka begitulah juga ibadah, tujuannya adalah untuk melahirkan akhlak yang baik. Analisis contoh berikut :-

SOLAT

Solat yang khusyuk akan mencegah perbuatan fahsha' dan mungkar. Firman Allah yang bermaksud :
       "Sesungguhnya solat akan mencegah daripada perbuatan fahsha' dan mungkar".                            ( Surah al-'Ankabut 29 : 45 )
Kesan khusyuk dalam solat itu boleh dilihat kesannya di luar solat.

PUASA

Puasa akan rosak jika disertakan dengan perbuatan mengumpat dan bertengkar. Rasulullah mengingatkan , mafhumnya : " Jika kamu diajak bertengkar , maka katalah aku sedang berpuasa".
( Riwayat al-Bukhari)

HAJI

Ibadah haji akan tercemar jika dilakukan tanpa meninggalkan perbuatan mengata dan bertikam lidah.
Allah berfirman yang bermaksud : " Sesiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, maka tidak boleh rafath ( mencarut ) , berbuat fasiq dan berbantah-bantah semasa mengerjakan haji". ( Surah al-Baqarah 2 : 197 )

SEDEKAH

Sedekah akan terbatal pahalanya jika diiringi sikap mengungkit-ungkit dan menyakiti hati orang lain. Firman Allah yang bermaksud : "Jangan kamu rosakkan sedekah kamu dengan perbuatan mengungkit dan menyakiti". ( Surah al-Baqarah 2 : 264 )

     Tegasnya, keakraban hubungan seseorang dengan Allah ( takwa ) akan memberi kesan baik ( akhlak ) kepada hubungannya sesama manusia. Jika ini tidak berlaku, pasti ada sesuatu yang tidak kena dalam hubungannya dengan Allah itu, sama ada dia beribadah kerana berpura-pura, riyak, ujub, sum'ah atau sebagainya.

SYARAT SAH SOLAT BERJEMAAH

     Pendapat yang lebih sahih menyatakan bahawa solat berjemaah adalah fardu kifayah. Oleh itu, kewajipan ini tidak akan terlepas daripada penduduk sebuah kampung atau pekan atau taman perumahan atau pangsapuri melainkan sekiranya sebahagian anggotanya melakukannya.

SYARAT-SYARAT MENJADI IMAM

1. Lelaki, perempuan boleh menjadi imam kepada perempuan sahaja.
2. Baligh.
3. Betul dan baik bacaannya.
4. Tidak menjadi makmum kepada imam yang lain.

SYARAT-SYARAT MAKMUM

1. Berniat mengikut imam.
2. Mengetahui perbuatan imam  daripada satu rukun ke satu rukun yang lain.
3. Mengikuti semua pergerakan imam.
4. Kedudukan makmum hendaklah dibelakang imam.
5. Imam dan makmum berada di satu tempat.
6. Makmum lelaki mestilah berimam dengan imam lelaki.
7. Peraturan solat makmum hendaklah sama dengan peraturan solat imam.

ORANG YANG LAYAK MENJADI IMAM

   Imam ialah orang yang mengetuai solat berjemaah. Oleh itu, imam hendaklah orang yang paling layak dikalangan jemaah yang ada. Ciri-ciri orang yang paling baik menjadi imam ialah :-

1. Paling baik bacaannya.
2. Lebih alim dalam hukum agama.
3. Baik akhlak dan budi pekerti.
4. Dihormati dan disegani oleh masyarakat.
5. Lebih tua dan berkebolehan.

Saturday 24 November 2012

Tip Tranformasi Diri

  •  Hijrah memerlukan keazaman kerana tanpanya ibarat "hangat-hangat tahi ayam". Apabila diuji, terus lari daripada masalah dan ujian.
  •  Hijrah mensyaratkan keikhlasan dan keredaan kerana tanpa kedua-duanya, seseorang itu akan kecundang dan mula menyalahkan diri dan orang lain. Mungkin Allah juga akan disalahkan.
  •  Hijrah mewajibkan kesabaran kerana ia akan menjadikan seseorang tabah. Sabar dalam melakukan ketaatan, menjauhkan diri dari maksiat dan menghadapi ujian dan cubaan daripada Allah.
  •  Hijrah berkehendak kepada persekitaran baru yang dapat mendekatkan diri seseorang dengan amalan kebaikan, ilmu, masjid, orang berilmu dan orang soleh.
  • Hijrah mendambakan ilmu kerana dengannya kita tidak akan buntu. Hijrah tanpa ilmu ibarat memegang lampu suluh tanpa cahaya. Kadang kala kita jatuh tersungkur kerana tidak dapat melihat dalam keadaan yang gelap walaupun lampu suluh sudah berada di tangan.
  •  Hijrah dengan keberanian memampukan seseorang untuk melawan arus. Arus kegelapan kepada arus cahaya.
  • Hijrah memerlukan rahmat Allah kerana tanpanya kita akan gelisah, resah dan sengsara. Justeru, sentiasalah berdoa agar kita sentiasa diberikan rahmat dan petunjuk daripada-Nya.

Saturday 17 November 2012

Aktiviti SKKE VII ( 2 )



                                                 Aktiviti perkhemahan SKKE VII ( 2 )


                                         Lawatan prasekolah SKKE VII ( 2 ) ke Pulau Pinang

Soalan Tahun 5

BAHAGIAN B

1. Ciri-ciri al-Hakim yang tepat bagi Allah S.W.T ialah ...

     A   manusia dijadikan bijaksana
     B   ciptaan Allah banyak kelemahan
     C   semua benda yang dijadikan berguna kepada manusia
     D   peraturan alam tidak sesuai dengan kehidupan manusia

2.  Pilih kenyataan yang salah bagi hukum solat berjemaah

     A sunat bagi solat sunat seperti solat hari raya
     B haram bagi orang perempuan yang bermusafir
     C Fardu Kifayah ke atas setiap lelaki bagi solat fardhu
     D fardhu ain ke atas setiap lelaki bagi solat jumaat

    " Solat dua rakaat yang dilakukan secara berjemaah pada waktu zohor hari Jumaat di masjid atau di        tempat tertentu dengan didahului dua khutbah.
3.  Kenyataan di atas adalah pengertian solat ...

     A Zohor
     B Jamak
     C Jumaat
     D Berjemaah

4.  Berikut ialah rukun tayammum kecuali ...

     A Niat
     B Membasuh muka
     C Menyapu debu tanah ke muka
     D Menyapu debu tanah pada kedua - dua belah tangan

5.  Azan dilaungkan  dalam situasi kecuali...

     A Ketika kecemasan
     B Orang yang bermusafir
     C Bayi yang baru dilahirkan
     D Menyembelih binatang korban

6.  Hukum solat Jumaat adalah ...
   
     A Fardu Ain ke atas lelaki
     B Fardu Kifayah ke atas lelaki
     C Fardu Ain ke atas perempuan
     D Fardu Kifayah ke atas perempuan

     '' Amalan sunat dalam solat, jika ditinggalkan dengan sengaja ataupun tidak  
         sengaja ,tidak  disunatkan sujud sahwi.''

7.     Berikut adalah pengertian sunat ...

       A Ab 'ad
       B Muakkad
       C Hai'at
       D Syukur

     Solat berjemaah mempunyai syarat - syarat tertentu .
8.  Pilih dua daripada syarat - syarat tersebut
       
        i.   Niat mengikut imam bagi makmum
       ii.   Makmum bergerak bersama - sama imam
      iii.   Makmum kurang mengetahui pergerakkan imam
      iv.    Takbiratul Ihram makmun tidak mendahului takbiratul ihram imam.

      A     i dan iv                               C    ii dan iii
      B     i  dan  iii                             D    iii  dan iv

9.  Azan ialah pemberitahuan masuk waktu  ...

      A  berbuka                                  C   imsak
      B   solat                                       D   sahur

10. Siapakah orang yang mula-mula melaungkan azan ...

      A  Bilal bin Rabah                      C   Abu Bakar Assiddiq
      B  Usman bin Affan                    D   Khalid bin Al-Walid


Mari Belajar Mengenai SOLAT BERJEMAAH dan Kepentingannya