Monday 12 November 2012

TUNTUTAN SOLAT BERJEMAAH

                                       TAJUK : SOLAT BERJEMAAH

Pengertian Solat Berjemaah

   Jemaah bermaksud kumpulan atau ramai.  Solat yang dilakukan dua orang atau lebih secara bersama dengan diketuai oleh seorang imam.
 

Hukum Solat Berjemaah

* Fardhu Kifayah ke atas orang lelaki di sesuatu tempat bagi semua solat fardhu kecuali
    solat jumaat.
* Fardhu Ain ke atas setiap lelaki bagi solat jumaat.
* Sunat bagi solat-solat sunat seperti solat hari raya.

Lafaz Niat Solat Berjemaah

Niat Imam :

ا صلي فرض الظهر اربع ركعات اداء امام لله تعالى
 
Niat Makmum :     


ا صلي فرض الظهر اربع ركعات اداء ماموما لله تعالى

Syarat  Sah Solat Berjemaah 
  • Niat mengikut imam bagi makmum
  • Takbiratul ihram makmum tidak mendahului takbiratul ihram imam
  • Makmum tidak mendahului dan tidak terlalu lambat mengikut pergerakan imam
  • Makmum mengetahui pergerakan imam 
  • Tiada sekatan atau penghalang antara makmum dan imam

Kelebihan Solat Berjemaah

# Mendapat pahala 27 kali ganda berbanding solat bersendirian
# Dapat mengukuhkan persaudaraan sesama umat Islam
# Membantu menambah khusyuk dalam solat
# Hidup diberkati Allah
# Berpeluang menambah ilmu

2 comments:

  1. Assalamualaikum. Tahniah, Kak Hasni telah berjaya menghasilkan blog P&P yang cantik! Semoga ilmu yang dipaparkan membantu kefahaman pembaca tentang imu solat.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam. Terima kasih. Masih belajar lagi ni.

    ReplyDelete