Saturday, 17 November 2012

Mengangkat Tangan dan Membaca Doa Secara Berjemaah

        Al-Ghumari berkata mengenai hal ini, Nabi s.a.w bersabda bermaksud : " Apa-apa yang aku perintahkan hendaklah kami ikut sedaya upaya setakat kemampuan, dan apa-apa yang aku larang, jauhinya. "        ( Hadis sahih )
        Nabi s.a.w tidak pula menyebut: " Apa-apa yang aku tidak lakukan, hendaklah kamu jauhi. "
        Begitu juga dalam hal ketika Nabi s.a.w tidak melakukan solat Duha. Ia menunjukkan hukum solat tersebut hanya harus, Jika wajib, maka Nabi s.a.w tidak akan meninggalkannya. Demikian juga ada kalanya Nabi tidak akan mengangkat tangan ketika berdoa, bagi menunjukkan ia hanya harus, tetapi bukan juga bermaksud larangan.  Manakala kumpulan yang melarang, antaranya Imam Malik dan sekumpulan ahli figh mazhab Maliki yang memandang doa secara berjemaah dengan suara kuat antara iman dengan makmun selepas solat adalah makruh, kerana adalah lebih elok setiap orang berdoa s.w.t secara bersendirian. (Al-Qarafi,Al-Furuq, jil.4,hlm.300).
         Jelas daripada hadis tersebut bahawa Nabi pernah berdoa selepas solat. Walaupun jika hadis tersebut adalah daif sebahagiannya, tetapi tidak wajar untuk kita menggelar orang yang melakukannya sebagai sesat atau bidaah secara umum. Demikian juga yang dinyatakan oleh Sheikh Muhammad Anwar Shah. ( Fayd al- Bari Sharh Sahih al-Bukhari, jil. 2, hlm. 431).
        Penulis juga bersetuju dengan al-Mubarakhfuri dan Muhammad Anwar Shah bahawa doa secara berjemaah juga pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w dalam hadis Anas yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, cuma ia bukan dilakukan selepas solat secara lazim. Walaupun demikian, adalah harus menurut kaedah usul bagi ulama untuk melakukan qiyas dalam hal ini. Walaupun ia mungkin lemah dari sudut pendalilan, tetapi adalah tidak harus untuk kita menganggapnya satu bentuk kesalahan yang pasti.
        Namun, bagi mereka yang ingin melakukannya, mereka perlu memastikan agar tidak menguatkan suara ketika berdoa sekiranya masih terdapat lagi ahli jemaah yang sedang menunaikan solat kerana ia akan menganggu mereka. Mengganggu orang yang solat adalah satu perkara yang haram secara pasti. Wallahu a'lam.

4 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih. InsyaAllah kita sama-sama belajar.

      Delete
  2. Tahniah, blog yang menarik dan berinformasi. Teruskan usaha ustazah. Tambahkan lagi maklumat untuk dikongsi bersama :)

    ReplyDelete